Daisypath Friendship tickers

Sunday, August 12, 2012

sabarlah ingat apa berlaku ada SEBAB

terus kecewa kerna kau menggunung mengharap
harapan tinggal duka
tiada secebis rasa di hatinya
jangan dan usah tega lagi bertahan
kelak kamu juga akan mati
mati di dalam kelemahan sendiri

andai bahagia itu indah
tidak tega dibiarkan kamu seperti ini
dia hanya akan terus mendera kamu
deraan ini terlalu perit dan tiada kesan fizikal
namun rasa pilu dan terhiris maha hebat
bak dicurahkan limau nipis ke atas luka

kau akan kalah andai kau teruskan
melangkahlah aku demi suatu kebahagiaan mutlak
yang menjadi hak seorang insan bergelar isteri
kerna kau telah lama dinafikan hak itu

aku tidak mampu lagi
menerima deraan ini
bantulah aku melalui dan permudahkanlah jalan yang harus aku pilih
antara 
jalan ke kanan 
atau
jalan ke kiri

Friday, August 3, 2012

perlu apa lagi

aku hanya memperbodohkan diri
itulah setiaap kali
aku aku aku
sendiri melayari kebodohan itu

di mana rasa dia
adakah rasa itu mati
adakah rasa itu hanya sebagai kawan

tiada sekelumit sayang ke atau rasa simpati
aku hina
aku hodoh
aku segala kurangnya
meski kelebihan di sini sana

aku malu
aku tak malu
aku yang tak tahu malu!

Thursday, August 2, 2012

mampukah aku?

rasa itu datang lagi
bagaimana aku harus lalui andai ia datang
hanya kepadanya aku memohon
agar diriku tabah meski 
rasa itu sudah tiada di hatinya
bukan daya ku lagi bukan masaku lagi

pergilah kasih
pergilah sayang
tiada kata dan tulisan
untuk aku luahkan rasa itu
kerna kasih sayang cintaku
padamu wahai sayangku

mcm biasa aku harungi tekanan ini 
bakal mematikan aku dari hidup
biarlah aku berundur selepas raya menjelma
demi sebuah haq yang tak mampu
dan tak mungkin aku dapat.....
berkawan itu takdir kita akhirnya....
sekali dibuang tak pernah serik mencuba
hingga memakan diri