Oh
kasih dan sayang
hadirlah ke dalam diriku
agar aku terus kuat dan kukuh
dalam mengharungi
liku-liku hidupku ini.
Aku akui aku lemah tetapi aku tahu aku kuat.
Aku merindui
semuanya terutama ibu bapa dan anak=anak buah ku.
Hanya mereka sumber
kekuatanku.
Tolonglah aku berikan aku petunjuk
Aku tidak
mahu hanyut
Hingga
tidak mampu berenang terus
Jangan
aku lemas
Lemas
yang bisa mematikan semangat jitu ini
Kelak aku
bukan aku lagi
Meski aku
tiada sapa-sapa di rantauan ini
Jauh dari
orang tersayang
Aku harus
yakin aku ada Penciptaku

No comments:
Post a Comment