Daisypath Friendship tickers

Sunday, September 25, 2011

marah itu api

entahlah
buat salah tak buat salah
jadinya serbasalah

diam itu lebih baik
bila diajak berbicara
seolah perang bagai nak meletus
entahlah

dulu lain
sekarang lain
semua sudah lain
hanya jasad saja depan mata
rohnya berpecah berapa
entahlah

andai tidak suka
pelbagai alasan diberi
itulah tanda tidak suka
rasanya masa sudah tiba
hanya menunggu masa

Monday, September 19, 2011

hari itu telah tiba

tiada ribut
tiada angin
namun tanda itu adalah normal
bagi pasangan mormal
hanya menerima dengan penuh
RASA GUMBIRA
melompat lompat di dalam
meski ada curiga dan pelik
namun manusia normal tidak akan menolak
kerna itu normal dan sah bagi setiap pasangan

terlalu lama yang amat
seminggu
enam bulan
setahun
setengah tahun
dua tahun....
semua itu menghakis
kemarau nan panjang.....

ia berlaku pada 19.09.2011 @ 230am

Sunday, September 18, 2011

belum sampai waktu

hati ini sudah tegar
tegar untuk menangis
kerna sudah keras
dijaga rapi
oleh seorang pemilik sahaja

tidak sekali
bukan kedua
atau ketiga
airmata hanya perlu
bukan tanpa tujuan jitu

kerna pengalaman menjadi guru sejati
tidak semudah sebegitu
ku tetap akan pertahankan
meski di dalam tiada siapa tahu

hari ini bukan semalam
esok juga bukan masa depan

andai masa masih ada
kuatkanlah hati
tabahkan hati
jangan mengalah
kerna
HATIKU AMAT BERMAKNA
AKU SAYANG PADAMU

Saturday, September 17, 2011

aku tak mampu

hati ku tidak semudah itu
luka luka luka
pedih pedih pedih
pilu
pilu pilu

itu dulu ketika hati disakiti
ketika lupa untuk dijaga rapi
namun bukan KINI

hatiku milikku seorang
bukan satu
bukan dua
bukan untuk dikongsi
kerna hati itu MILIKU SAHAJA

Friday, September 16, 2011

airmata mengalir di kala sakit

benar airmata bukan saja keluar untuk gembira
tapi lebih kepada menangis
sakit ku ini terlalu lama
sepanjang bersama mu aku sakit
pernah dibedah dan melalui duga dan lara
masihkah ada lagi masa untuk ku
sedihnya mengenangkan semua ini

aku tidak mahu mengeluh
hari ini adalah realiti
semalam adalah sejarah
esok adalah harapan

tolonglah hati
jiwa dan lara
sabarlah demi satu kasih dan sayang
aku mahu dan berbahagia
seperti orang lain

hidup ringkas sahaja
airmata bagaikan hujan lebat
selebat hati ini pilu dan luka

sabarlah dalam menempuh segala ujian dan dugaan ini