Daisypath Friendship tickers

Thursday, August 11, 2011

menanti

luahan ini begitu pilu
sejauhmana mampu bertahan
rezeki tertutup sepenuhnya
namun kena yakin
rezeki bukan ditentukan insan
rezeki bukan dengan matawang semata

namun duit itu amat penting
tiada duit jangan berbicara
itulah caturan hidup kini
sebelum ada namanya duit
sistem tukaran sudah diguna
inikan pula sistem hidup

ada bahagia
ada duka
ada menang
ada kalah
ada tabah
ada putus asa

cuma pesanan dan ingatan
kuatkanlah ikatan sesama insan yang ada ikatan darah
kerana itulah ikatan kukuh meski tidak nampak
darah merah memang sama
rambut hitam tetap serupa

namun ikatan darah
bermula asal kejadian yang sama
itulah darah yang kuat dan kukuh
meski sejauhmana ada kemarahan dalam hati
bak dikata air dicincang tidak akan putus

itulah hikmah itu ajaib
tanpa disedari
satu orang menolak kita
satu orang membenci kita
satu orang mencerca kita
satu orang membuang kasihsayang kita
masih ramai dan ramai
sama ada sedar atau tidak
yang menyayangi kita
yang ingin mendekati kita
yang menyenangkan kita
yang menggembirakan kita
meski bukan untuk sebuah ikatan
bukan kerna jantina

sebab itulah pesanan yg Agung
berbuat baik sesama manusia
berkasihsayang dengan ikhlas
kelak jiwa dan hati akan tenang
kerna di situ jawapan ada
hidup ini
BUKAN UNTUK SEORANG
BUKAN UNTUK DITANGISI

No comments:

Post a Comment