Daisypath Friendship tickers

Wednesday, March 30, 2011

jiwa kaco bila makanan kena tahan

menangis lagi
tapi di dalam hanya sendiri tahu
sampai bila
amankah diri
merana jiwa
apa balasan kepada jiwa itu
apa perasaan?

di manakah hilang
di manakah salah
hina amat hina kah?
andai mewah material
itu tidak bermakna bahagia

bahagia ini bukan jualbeli
bukan mewah
bukan mahal
hanya 5min
paling lama 10min

pilu luluh jiwa
lari sebelum apa-apa
jawablah jiwa kelak
jiwa kaco
hati mati

Saturday, March 19, 2011

bila hati tidak bersatu

yea bila tidak bersatu
satu ke kanan
satu ke kiri
tanpa rasa bersalah
rasa pedih sedih
tidak dapat berkongsi
hanya pilu mencengkam
hanya pedih dan keliru
sampai bila
sampai bila
sampai bila
ingin dilaung sekuat boleh
namun siapalah aku

sabarlah diri
kuatkan jiwa
jangan mudah kalah
kelak kau akan kalah
benar katanya
gembira hakmilik semua
kalau kita tidak boleh menjadi seperti itu
kita boleh jadi sebahagian darinya

jangan putus asa!

Friday, March 18, 2011

benarkah itu?

terbaca secebis nota dari rakan
andai ingin diketahui
hati itu masih ada
sayang itu masih ada
tatapilah seseorang itu di kala di tidur
di kala dia lena
andaikata masih ada rasa di hati
rasa sayang
rasa kasih
rasa sayu
rasa hiba
rasa gembira
dan penting
rasa itu " hidup"
maka teruskan

namun jika tiada rasa
maknanya rasa itu "mati"
oleh itu jawapan sudah jelas...............

Wednesday, March 16, 2011

rasa itu kembali lagi.....

penat kepala ku penat
jiwa ku lemah
ingin segera ke pengakhiran teka-teki hidup ini
selama mana lagi
"extra baggage"
itulah 2 perkataan yang di bbm
penat sudah diri ini
penat mental
penat fizikal

rasa tertipu
rasa terhina
rasa bodoh
rasa lemah yang amat sangat

bantulah kuatkanlah
jangan aku putus asa
rasa kasih dan sayang itu
namun di saat ini
celaru
keliru
marah
amat marah

bantulah aku
pimpinlah aku
agar kepercayaan pada diri
tidak luntur
andaikata aku lemah
bukakanlah aku pintu kasih sayang daripada orang sekelilingku
satu membuang ku
masih ramai sudi melimpahi kasihsayang itu
keluarga
kawan-kawan
saudara mara
jiran
orang awam

andaikata sini sahaja
jangan dikau tamak
hanya kerana tamak
hidup penuh celaru
tidak sama dengan orang
buat apa
sakit tanpa diundang
pergi kembali abadi itu pasti
oleh itu jangan tamak

hari ini
hari dulu
hari akan datang
jika masih sama
ika tetap begitu
aku rela undur diri

jangan diuji aku kerana percaya aku kuat
aku dah tak terdaya
aku tak mahu hidup ini penuh KESEDIHAN
sudah banyak aku menangis dalam hidup ku

andai ini suratannya
aku redha
aku ingin gembira seperti insan lain
aki ingin mencari rezeki sesuap nasi
dengan kudrat ku
andai ini berlaku berulang kali
andai hati sudah bukan di sini
jika dulu "sayang" itu ekslusif
tapi kini sudah bertukar
sehingga untuk menuturkan kepadaku
seolah kelu bak ada peluru di mulut

sampai bila boleh berpura
kelak merana jua
terpulanglah wahai jiwa keliru
semoga jiwamu kelak
menemui yang dicari

Friday, March 11, 2011

mampu lagikah diri

gangguan minda menjadi-jadi
secara sedar
mau pun tidak sedar
tidur tidak lena
mimpi menjelmakan gundah gulana hati

secara sedar
masih mampu mengawal
fokus ke banyak perkara
namun sedihnya
secara tidak sedar
meski sebelum tidur tidak pernah masalah
namun gangguan minda membawa tanpa kawalan

bila bermohon
airmata mengalir tanpa dipinta
doa dipohon dan dipanjat
agar kekuatan
tabah
lapang dada dan fikiran
positif tegar menghadapi ujian tipu aniaya ini

meski tidak dinafikan kesilapan tetap ada di pihak ini
namun sampai bila
mampukah lagi
jangan jatuh terus tidak bangun

sedangkan pilu hati tak terasa
hanya kepedihan dirasai
airmata seakan takut untuk keluar
bila tika berhadapan dengannya
mungkin kata hati
bertahan lah
jangan lemah
airmata sudah ibarat mutiara
bukan boleh keluar dijaja gitu

walau digagahi sekuat mana
walau dititip semangat serikandi
tidak diuji kamu andai kamu tidak mampu
namun jangan diberi ujian sepertimana percaya kuat padaku
sudah penat
sudah letih
sudah muak
sudah jelak
isu ini masih ada

andaikata ada jalan
bagilah tunjuk jalan
agar kelak jalan itu boleh dilalui
tanpa kabus
tanpa celaru
tanpa keliru

Sunday, March 6, 2011

airmata keluarlah .....

airmata gembira
airmata sedih
fungsinya sama
mencuci kelenjar airmata

namun bila hati sudah berduka
pipi basah tanpa disedari
sakit pilu kecewa luka
sudah banyak kali
cuma beza cara dan masa
kira hati sudah kalis dan tega
namun kalisnya tidak hati ini
lalu airmata keluar tanpa di minta

doa itu suci
bila dipohon dengan ikhlas
tidak lama jawapan tiba
muncul tanpa diminta
itulah rahmat

salah silap antara insan
satu menang satu kalah
ego bergelora
mengalah tidak bererti kalah
cuma hak demi redha pencipta perlu diluahkan
agar kelak menjadi peringatan diri

tidak lena banyak gangguan
tidak selesa meneruskan mimpi indah
duka yang lara pergilah
jauhilah sebak gundah gelana dari dada ini
supaya mata boleh pejam
duka berlalu
minda dan fikiran berehat

andai dulu kasih sayang itu amat indah
manis bak madu dan segala kemanisan yang ada
tetapi
bila tiba masa kasih sayang itu ibarat racun
lebih pahit dari segala jenis ubat
maka bertahannya kasih sayang itu di mana?

bersabar dan bertahan demi pengorbanan
yang tidak ada tara balasan

bertahan sedandai masih mampu
kasih
dan
sayang