Daisypath Friendship tickers

Thursday, February 17, 2011

airmata

ada macam takde
bernafas di ruang sama
bersentuh anggota badan
duduk bersebelahan
namun getaran tiada
ketidakselesaan dan ketegangan
dugaan maha BESAR

tergiang giang di telinga
dan teringat ingat di ingatan
sarikata dalam siri DH musim 7
"ya...kita baru berpisah , tapi sebenarnya kita sudah berjauhan "berpisah" perasaan dan kasih sayang sudah lama, life's short....."

bila direnungi itulah jadi di sini
dua insan lemah
bersama kerana si kecil
untung pada si kecil
rugi pada si dewasa

orang memandang tiada kata
tiada berani untuk menasihati
semua tiada kekuatan
dua insan derita akhirnya
sampai bila
dua insan pasrah?
rasanya dua insan ingin bebas
bebas dari belenggu "penat"

penat menunggu
penat menagih
penat mengharap
penat fikiran mental jiwa raga

No comments:

Post a Comment