Daisypath Friendship tickers

Tuesday, December 21, 2010

bukan mudah

sekali dilukai
sama jua terluka selamanya
meski mencuba
parut tetap di situ
kadangkala bole luka kembali

dahan kukuh perlu dicari
agar tidak lupa diri
hanya kepadaNYA
kekal abadi

keliru marah mainan jiwa lara
sukar untuk ditenangkan
bukan hidup jika tiada masalah
sukarnya diri untuk diamankan

resah gelisah menanti masa
apa lagi akan berlaku
dugaan demi dugaan akan tiba
hanya pasrah pada waktu

kasih dan sayang tidak bersatu
mana ada ikatan kukuh
terlerai satu persatu
bagaikan jauh jauh disapu

benarlah pengalaman luka amat pedih
bila diingat ingin dilupakan
terlalu sukar rupanya
hilang seketika tetapi akan datang kembali

Saturday, December 18, 2010

rindu

yea rindu untuk dilihat
direnungi disayangi
dirindui
dicintai
namun
itu dahulu.....

berapa lama aku ingin merindu?
cuba bukan tak cuba
namun tidak berjaya
kerana apa
kerana diri
yang tiada arah

masa terus berlalu
kerinduan itu bagaimana?
kasihani diri
kasihani dia
kerana hampir sedekad
kerinduan itu

aku menyayangi
aku merindui

jangan di rasa sahaja
bertindak SEGERA

masih gagal

salah sendiri
salah diri ini
dosa sendiri
bukan orang lain

berapa kali kemaafan dan peluang aku mahu minta
hanya kusia siakan
salah aku
salah diri ini

oh diri
bila mau bangkit
disiplin penting
rutin itu perlu
sebab itu hanya disiplin dan rutin yang BERJAYA

mungkin lambat tapi pasti kelak
oleh itu ayuh bangun
ayuh sedar diri
jangan kecewa lagi angkara diri sendiri!

Friday, December 3, 2010

simpulnya...

tiada ucapan ulangtahun
hanya ucapan terima kasih
seharian konfrontasi
namun bilamana hak seorang lelaki tidak akan sama dengan wanita
aku mengalah
bertanya khabar
meski ingin aku kuatkan diri agar ada jalan untuk kami

makan malam ditempat yang biasa orang buat majlis
aku kira itulah tanda ucapan darinya
aku tidak buang masa selepas dinner
aku order kek


hahahha......ulangtahunkan

am happy today

hahaha jejalan kuar dari rumah
hmm betullah dekat luar memacam ada
dari sedih jadi gembira
duka jadi manis
melihat kegembiraan di luar

bermula hari ini berdua
mesi tidak berbicara
namun kasih dan sayang itu terasa

semalam menangis sampai bengkak mata
sedih pilu ada semua
syukur hari ini dapat diatasi dengan gembirakan hati!

Thursday, December 2, 2010

ingat ke tak

hari ini ramai sambut besday
doaku agar semua sihat dan gembira

aku juga ada batu tanda utk hari ini
tarikh apa yea
seperti tarikh dan hari lain
cuma tarikh hari ini tak dirancang
tapi tetap dikenang bagi ku

hari ini akan berlalu seperti hari biasa
namun doa dan harapan
tetapku pohon
agar kasihsayang dan ihsan
masih ada dalam lubuk hati paling dalam

selamat ulangtahun kekasihku