Daisypath Friendship tickers

Tuesday, December 21, 2010

bukan mudah

sekali dilukai
sama jua terluka selamanya
meski mencuba
parut tetap di situ
kadangkala bole luka kembali

dahan kukuh perlu dicari
agar tidak lupa diri
hanya kepadaNYA
kekal abadi

keliru marah mainan jiwa lara
sukar untuk ditenangkan
bukan hidup jika tiada masalah
sukarnya diri untuk diamankan

resah gelisah menanti masa
apa lagi akan berlaku
dugaan demi dugaan akan tiba
hanya pasrah pada waktu

kasih dan sayang tidak bersatu
mana ada ikatan kukuh
terlerai satu persatu
bagaikan jauh jauh disapu

benarlah pengalaman luka amat pedih
bila diingat ingin dilupakan
terlalu sukar rupanya
hilang seketika tetapi akan datang kembali

Saturday, December 18, 2010

rindu

yea rindu untuk dilihat
direnungi disayangi
dirindui
dicintai
namun
itu dahulu.....

berapa lama aku ingin merindu?
cuba bukan tak cuba
namun tidak berjaya
kerana apa
kerana diri
yang tiada arah

masa terus berlalu
kerinduan itu bagaimana?
kasihani diri
kasihani dia
kerana hampir sedekad
kerinduan itu

aku menyayangi
aku merindui

jangan di rasa sahaja
bertindak SEGERA

masih gagal

salah sendiri
salah diri ini
dosa sendiri
bukan orang lain

berapa kali kemaafan dan peluang aku mahu minta
hanya kusia siakan
salah aku
salah diri ini

oh diri
bila mau bangkit
disiplin penting
rutin itu perlu
sebab itu hanya disiplin dan rutin yang BERJAYA

mungkin lambat tapi pasti kelak
oleh itu ayuh bangun
ayuh sedar diri
jangan kecewa lagi angkara diri sendiri!

Friday, December 3, 2010

simpulnya...

tiada ucapan ulangtahun
hanya ucapan terima kasih
seharian konfrontasi
namun bilamana hak seorang lelaki tidak akan sama dengan wanita
aku mengalah
bertanya khabar
meski ingin aku kuatkan diri agar ada jalan untuk kami

makan malam ditempat yang biasa orang buat majlis
aku kira itulah tanda ucapan darinya
aku tidak buang masa selepas dinner
aku order kek


hahahha......ulangtahunkan

am happy today

hahaha jejalan kuar dari rumah
hmm betullah dekat luar memacam ada
dari sedih jadi gembira
duka jadi manis
melihat kegembiraan di luar

bermula hari ini berdua
mesi tidak berbicara
namun kasih dan sayang itu terasa

semalam menangis sampai bengkak mata
sedih pilu ada semua
syukur hari ini dapat diatasi dengan gembirakan hati!

Thursday, December 2, 2010

ingat ke tak

hari ini ramai sambut besday
doaku agar semua sihat dan gembira

aku juga ada batu tanda utk hari ini
tarikh apa yea
seperti tarikh dan hari lain
cuma tarikh hari ini tak dirancang
tapi tetap dikenang bagi ku

hari ini akan berlalu seperti hari biasa
namun doa dan harapan
tetapku pohon
agar kasihsayang dan ihsan
masih ada dalam lubuk hati paling dalam

selamat ulangtahun kekasihku

Tuesday, November 23, 2010

My mission to celebrate my ONE decade!

231110....inilah mulanya
tanpa menoleh kumohon pdMU
agar niatku ini dipermudahkan
kuat jiwa ku
hasratku
dalam mencari idaman yang paling lama
terlalu lama perjalananku
sedekad semua berubah
manis masam kulalui

aku hanya ada masa 6bulan
6bulan @ 30hari
hanya 180hari sahaja


aku tidak boleh leka lagi
masa ku terlalu singkat
sudah terlalu banyak kepiluan di jiwa ini
terlalu banyak kesedihan yang diharungi
belum punya kejayaan
untuk dibanggakan


aku ingin kembali
kembali kepada FITRAH

Yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang
bantulah aku
kuatkan semangatku
demi amanah dariMU untuk diri ini



Monday, May 17, 2010

meskipun hujan................

itulah berakhir
weekdays keje
weekend aje
janji itu hanya helah bela diri

apa lagi yang ada
jika ada macam takada
masih patut
atau tidak patut

kemaruk
keliru
kusut
kecamuk

untuk apa ada
jika ada macam tiada
eloklah tiada
jika ada hanya untuk dipersiakan

jijik?
hina?
merana?
terbuang?

Sunday, May 16, 2010

kerana isu...merajuk lagi

yea isu isu isu
panas sejuk panas sejuk
ntahlaa
dia sentap isu penipu
padahal dia tak tau
kita cakap word "penipu" dlm nada gurauan
tapi bagi dia word yg buat dia offended..
hmmm

seleheh...seleheh
pastu siap cakap anak dia yang tidurkan
aku dengkur aje
well

semua benda tak kena
kalu hati sudah tak suka
kadangkala aku lemas
lemas
nak bernafas tak mampu

sesak nafas
tak selesa
itulah bila CINTA dah tiada
itulah jua bila KASIH SAYANG
ada macam takde

weekdays hari kerja

itulah katanya
weekend aje
kerana cuti
itupun dengan syarat
tak buat hal

hmmmmm
sesusah itu
sepayah
kerana tanggungjawab?
bukan....
kerana terpaksa?
entahlaaa

namun aku yakin
weekend ku tetap sama
berlalu sepertimana biasa

jika mati
memang kempunan
jawab kelak di sana nanti

itulah beza

hak vs tanggungjawab

Wednesday, May 12, 2010

kerana tidak mau terluka

zaman kini FB semua ada
termasuk aku dan sidia
tetapi disebabkan tidak ingin terluka dan panaskan keadaan
aku BLOCK list sidia dan kumpulan
sedih pilu

namun siapa aku

aku ingin beritahu dunia aku sayang dan syukur mempunyai sidia
namun keadaan demi keadaan
luka akan berdarah jua
kerana kelemahanku jua

sampai bila aku dapat bertahan
hanya masa menentukan

aku masih sayang dirimu
meski aku tidak mampu mengungkapinya

muka stress

adoiii.....tertrgk gmbr2 di laptopnya
terasa gak coz ada hati lagi..hu3
masih terbayang2
semalam tidur ku tak lena
hari ini aku macam zombie

keliru
berpeluh
tak selesa
sesak nafas
penat
lesu


aku nak KELUAR

Thursday, May 6, 2010

sapa kata lama?

well.....mcm biasa luka kembali
sesungguhnya hati tidak sama
rambut pun tak sama
rambut lurus
rambut ikal

hati tetap berbeza
impati jauh lagi simpati
sabarlah diri
kelak jua sendiri di alam abadi

hanya satu pihak menjaga hati
tidak sama

tika sakit usah didekati
bertanya khabar pun tidak
meski pesakit itu di depan mata

terpulanglah
hati ini luka
namun tidak terasa
hati ini pedih
hanya ruang kosong yg amat besar rasa di dada

jika aku tak tanya khabar
jangan aku mimpi ada yang bertanya!

Friday, April 30, 2010

buat hal

adoi sikenit
anak kesayangan teramat
dari siang tak tido
ingatkan malam tido awal
adoiiii
lawan mata
lawan semua
takkena itu
tak kena ini
susu dah berbotol

entahaaa
kalo dia ada sabar melayan
tapi aku cepat baran
tapi disebabkan dia takde
aku takde plak nak baran
lgpun budak kenit
apatau
wat penat kita aje

hmmmmmm

sikenit mencari
mencari yg tak akan pulang keje malam ini


akhirnya dah tidur.....!

rindu.....sedih.....kehilangan

hanya dia yg tau...
padahal pagi tadi bangun....
actually dari malam tadi
entah naper jauh hati
may be sedih coz dah cakap
takyahlah keje harini......esok dah OS 3hari2mlm
dia cakap ...ada keje tapi try blk awal
hmmmm......sampailah 11mlm baru sampai
dia ajak supper aku takmau
aku cakap balik rest...esok dah nak OS


malam pun takde mood nak cakap
entahlah
malam tadi malam jumaat
sama seperti jumaat yg lain


time breakfast berdua
aku rasa tak selesa
nak tengok muka
bertentang mata
aku gelisah
aku resah
bukan apa
aku takmau kecewa
aku takmau terluka
entahlaaa

aku tergiang2 dia cakap
"i tau siapalah i....."
bilamana aku cakap aku atar LRT KJ aje
sian jugak....lantas aku tepon maid siapkan anak

so aku drive ke KL Sentral
dia pun seronok layan anak di sebelah

kini.......
rasa rindu mencengkam
yeke rindu?
aku keliru

sebahagian diri tenang
sebahagian diri kehilangan

apa itu sEBENARNYA?

Tuesday, April 27, 2010

dok sihat situuuu

yea tajuk hari ini

adakah jika sihat ajal tak sampai?
sedikit terkilan...sedih sayu terkenang balik
adakah dia berkata begitu
mungkin tak perasan
atau
hanya "mendoakan apa yang dia mau?"

sihat situ?
andai aku tiada
bergembira dia atas

a) Life ansurance
b) PA
c) KWSP (opsss.....lupa yg nie familiku sbg penama)
d) untung rumah....100% dapat sidia
e) yang pasti......dia akan BAHAGIA

sihat di luar hanya FIZIKAL
senyuman meski manis sekali
masih boleh berlakon
itulah hakikan setiap insan di muka bumi

ADALAH PELAKON MENGIKUT SKRIP SENDIRI

Sunday, April 25, 2010

KELIRU

entahlaaa
di mana lagi aku 2-3bulan nanti
kecewa
putus asa
kosong hati
tidak kisah
habis hati

akulah yang boleh hidup tanpa HANDphone.....
kerana aku dah takda rasa apa-apa
sebegitu hebat hasil yang aku dapat

hmmmmmmmmmmmmm

sendiri takut

hp tinggal merata
tidak semesti tiada apa-apa
terlalu byk diri diuji

luka picisan sudah besar
hingga pedih dihiris sembilu
tiada rasa lagi
luka semakin besar
hingga terdedah tiada rasa sakit
begitulah aku sudah kalis

Saturday, April 24, 2010

baju tidur

sudah lama
hampir 1 tahun......katanya
untuk 2010.......dah nak masuk May
makna dah 5bulan.....

setiap kali red flag turn white
aku tertekan
kecewa
sedih
pedih
benci

aku dengan baju tidur baru
hanya soalan ini aku dapat


kenapa u pakai baju tidur?
aku jawab

setiap MALAM I PAKAI BAJU TIDUR.........

Monday, April 19, 2010

OBESE.....

umur 36
tinggi 152cm
berat 75.7kg.............> 57KG
bmi: 32.8
bmr: 1536 kcal ..............> 2000-2200KCAL

pendaftaran n 1st mthh fee dah byr cash....abis rm300
11mth dah isu cek.....dari rm145 + 5% tax = rm152.25
aku isu cek 11mth @ rm152.25
hmm....keje belum dapat
adoiii

so komitment wajib aku

1) asb rm152

2) pru-bsn rm172

3) rhb-pl rm250

4) true rm153

5) kete rm500

aku dahlaaa pokai
aku kurang waras ke tambah hutang?
meski mereka cakap PEABURAN?
huhuhuhu

Friday, April 16, 2010

Oh my red flag.........

hmmmm....3rd day baru merana...
sakit mcm nak bersalin
yeeke.....mcm penah bersalin....
sakit sampai menangis.....kuar air mata
sakit oooooo

hapuskanlah dosa2 kecil ku .....
mcmana nak keje kalo setiap bln sakit
hanya DIA yg tahu
mungkin dah lama dia tak tgk aku sakit
meski aku kerap sakit
tak sedar atau tak kisah
terpulanglah

aku hargai keprihatinannya
terima kasih!

Wednesday, April 14, 2010

luka di jiwa

luka...terase
hmmm bz memanjang
jika sms kita 10words
direply 3words
ingatlah bhw kita bukan penting kepadanya
andai dikomen
sesia
andai dibagitau
hanya kepedihan yg dapat

itulah aku lalui
tak mau pikir
setan sana sini tetap ada

3h3m....itu hanya kerana SAKIT
dan takde sapa yg nak jaga
aku hanya jalankan kewajipan aku
tanpa buta-tuli?
harapkan balasan?

takpleah tuhan sahaja yg tahu
semalam terluka dgn ibu
hari ini dgn anak

aku hanya insan
tapi punya hati dan perasaan

aku sayang semua
aku maafkan semua
aku harus
KUAT

pesakit sudah sembuh

3hari 3malam
tidak berginjak dari sisi
kecuali aku ke tandas...(tupun ada waktu kena ikut sama.....mandikan pesakit....!)
3hari 3malam
aku rawat pesakit bagaikan hanya itu saja masa yg aku ada
aku lemah
aku pasrah
aku ikhlas
aku rawat bagai bayi baru lahir

semoga segala apa aku buat ini menjadi ubat hati ku yg luka

Amarah

baran?
cepat marah
keras
pemarah
garang
itulah ciri2 yang tak dpt aku kawal
mcm impuls luar kawal aku
mungkin 2-3minit aku begitu
aku cepat PANAS
tapi aku segera SEJUK.....legaaaa
namun bgmn perasaan org yang kena MARAH
adoiiiii

bila dah reda...aku yg keliru
hmmmm
aku kena kawal amarah
adakah aku rasa aku BESAR?
hmm masa tak waras macam tak ingat apa
andaikata yg kena MARAH berbalas
baru padan muka aku

Saturday, April 10, 2010

inilah si DIA

Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.

rindu?

Cinta kasih dan sayang
itulah kehebatan ALLAH bagi
meski amarah melanda.....dimarah dihina digertak disedarkan
tika itu rasa mau lari jauh jauh ke depan
takkan menoleh....kerana hati bagaikan ditusuk sembilu

namun....benarlah kata orang
bila dekat dapat rasa BAU busuk
tapi bila jauh.....busuk itu sedikit ilang......akan wujud wangi

jauh nun beribu2 km......ingatan n rindu padanya
(meski dada n fikiran ini lapang kerana tidak penat PIKIR......!)

Friday, April 9, 2010

sebelum siang esoknya

omg....khamis malam ......ntah apa menghasut.....aku yang mulakan
panas lagi.....kali ini aku terpaku diam
kata-kata pedas bagai sembilu aku telan bagaikan ubat diletakkan di atas luka
pedih sakit terasa dan segalanya
namun aku tau kebenaran dan kata-kata itu keluar bersebab
sepertimana aku juga bersebab

airmataku tak terkeluar......mungkin sudah habis
hati aku juga terlalu kalis untuk sakit
kosong berlubang dada ku

sebelum melelapkan mata.....aku sudah maafkan diriku dan dirinya
andai hari esok tiada lagi...

Thursday, April 8, 2010

last week.....Tuesday.....this week Wednesday

huhuhuhu...aku tau bila terluka.....diapun sama tak ketahuan
tapi aku taktau sampai bila
ikut kiraan.....everyweek aku terluka coz petanda
aku tak mau jumpa...korek...ternampak
huhuhuhu
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, April 7, 2010

hurts again

hari ini entah ke berapa kali.....aku terluka lagi.
sampai bila nokhtah cerita duka ini.
aku yakin dia dan aku akan jumpa titik akhir.

aku harus tabah.